Wednesday, April 13, 2011

Prosiding RCI Teoh Beng Hock melalui Twitter @SPRMMalaysia

Pengguna Twitter boleh mengikuti Prosiding Suruhanjaya Di Raja yang sedang menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock melalui Twitter Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), @SPRMMalaysia .



Teoh yang merupakan pembantu politik Exco Kerajaan Negeri Selangor telah ditemui mati pada 16 Julai 2009, di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat oleh SPRM Selangor yang terletak di bangunan yang sama.

Suruhanjaya ini yang ditubuhkan selepas Mahkamah Koroner dalam penghakiman terbuka tidak dapat membuat keputusan sama ada Teoh mati dibunuh atau membunuh diri dijangka menyelesaikan siasatan dan menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong selewat-lewatnya pada 25 April.

Sunday, April 10, 2011

Pengacara kutuk pengacara dan rancangan realiti TV di Twitter?

Beberapa jam tadi seorang pengacara yang sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi dilihat menghantar mesej yang agak tidak enak didengar bagi masyarakat umum berkaitan dengan sebuah rancangan realiti TV yang dianjurkan oleh sebuah syarikat televisyen berbayar. Beliau yang juga merupakan pengacara sebuah rancangan realiti TV terbitan RTM turut menghantar mesej kepada Twitter dengan perkataan-perkataan yang agak keras dan kurang sesuai bagi pengikut-pengikut yang masih muda.

Twitkini berharap agar pengguna-pengguna Twitter sentiasa berhati-hati dengan mesej yang ingin disampaikan agar tidak mengandungi kata-kata yang kesat dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia :)

Datuk Rosnah (@RosnahARS) anjurkan Program Sembang Petang, Sihat bersama Rakan FB & Twitter

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia,  Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin akan menganjurkan Program Sembang Petang, Sihat bersama Rakan FB dan Twitter pada 24 April 2011 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Program yang dianjurkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah bersama rakan-rakan beliau di alam siber. Program tersebut turut menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma.




Menurut pengumuman yang diletakkan di laman Facebook, tempat yang di sediakan adalah terhad bagi menjamin keselesaan mereka yang hadir. Bagi mereka yang berminat untuk menghadiri program ini, sila emailkan nama dan telefon nombor anda ke: bazlinda.bahrin@gmail.com.

Maklumat lanjut boleh didapati di pautan berikut:

http://www.facebook.com/event.php?eid=213787668632181 

Pendedahan N Gobalakrishnan di Twitter!


N Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai semakin rancak mendedahkan pelbagai kepincangan yang berlaku di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi laman Twitter. Beliau yang merupakan bekas ahli PKR juga turut berinteraksi dengan beberapa anggota pembangkan yang lain antaranya mempersoalkan mengenai peruntukan kewangangan sekolah Tamil dan isu video seks.






Ikuti laman Twitter beliau, @Ngobalakrishnan untuk mengikuti pendedahan seterusnya.

Lim Guan Eng ReTweet semasa berceramah?


Malam tadi kecoh seketika apabila Lim Guan Eng dikatakan sempat ReTweet semasa berada di atas pentas ceramah. Ianya disedari oleh Regina Lee yang sebelum itu menghantar satu mesej ke Twitter yang ditag kan dengan Twitter LGE.




Sebenarnya akaun Twitter LGE bukan diuruskan sendiri oleh beliau tetapi mempunyai admin yang menguruskannya. Sebagai KM mungkin beliau terlalu sibuk tetapi sebagai seorg ahli politik, sebarang interaksi di dalam Twitter sebolehnya uruskan lah sendiri. Kalau tidak, pengguna Twitter mungkin tertipu! 





@NajibRazak, @MukrizMahathir dan @MPKotaBelud adalah antara contoh ahli politik yang menguruskan akaun Twitter sendiri dan berinteraksi dengan pengguna lain secara professional. Syabas!

Saturday, April 9, 2011

Dr. Sim @SimRealHeart : Contoh pengguna Media Sosial yang Beretika

Pilihanraya Negeri Sarawak yang semakin hampir menyaksikan parti-parti politik giat berkempen. Kempen pilihanraya pada kali ini menyaksikan penggunaan teknologi maklumat secara maksimum dengan menggunakan laman web terutamanya media sosial. Kemudahan ini telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memburuk-burukkan individu lain selain menyebarkan sentimen-sentimen yang berbaur hasutan dan perkauman. TwitKini mengenalpasti banyak kemunculan akaun-akaun Twitter palsu yang mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah kepada pengamal media sosial pro-kerajaan.

Laman Web Dr. Sim
Namun begitu, apa yang benar-benar menarik perhatian TwitKini adalah inisiatif salah seorang calon Barisan Nasional bagi PRN Sarawak, Dr. Sim Kui Hian yang membangunkan laman web peribadi (http://www.realheart.com.my) dan akaun Twitter (http://twitter.com/simrealheart) bagi mendekatkan diri dengan pengundi. Calon bagi kawasan Pending ini turut memuatkan Pelan Transformasi Pending dan juga Kad Laporan prestasi bagi rujukan pengundi.

Kad Laporan Dr. Sim

Cara Dr. Sim menggunakan laman Sosial dan laman web patut dipuji kerana beliau memfokuskan kepada apa yang telah dan akan dibuat berbanding laman-laman sosial calon yang lain yang hanya memburuk-burukan peribadi individu dan pihak lain selain menabur fitnah dan janji kosong.

Nik Aziz minat 1Malaysia?

Hari ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak telah merasmikan Pusat Pemasaran Setempat Taman Industri Automotif Pekan dan membuat lawatan ke tapak Projek Fasa 2 Taman Industri Automotif Pekan. Ia turut disertai oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apa yang menariknya adalah Datuk Nik Aziz turut memakai baju putih yang berlogokan 1Malaysia.  1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri antaranya bertujuan  untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia telah mendapat kritikan hebat daripada pihak pembangkang sejak ianya dilancarkan.


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerangkan sesuatu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai model Taman Automotif Pekan selepas melancarkannya di Kompleks Pemasaran Setempat, Pekan, hari ini. - Foto Halim Mat Ali (Sumber: Berita Harian)


Gambar Dato’ Seri Najib bersama Datuk Nik Aziz yang dirakam oleh jurugambar Berita Harian itu menampakkan kemesraan dan kesanggupan Menteri Besar itu di dalam bersama-sama memajukan wilayah Pantai Timur.Semoga Datuk Nik Aziz terbuka hati untuk bekerjasama dengan kerajaan di dalam pembangunan Negara dan Islam khususnya.

Sumber: Berita Harian