Pengguna Internet di Malaysia dilihat semakin memilih untuk berkongsi status terkini dan maklumat semasa di Twitter. Ini mungkin disebabkan oleh penggunaan Twitter yang begitu ringkas dan mudah selain boleh diakses melalui telefon pintar pada bila-bila masa dan di mana sahaja asalkan mempunyai akses Internet. Namun begitu, tinjauan TwitKini mendapati sejak kebelakangan ini, laman Twitter telah dicemari dengan pelbagai mesej-mesej kesat dan berbaur lucah.
![]() |
| Salah seorang pengguna Twitter Lucah |
Sikap pengguna Twitter ini amat memalukan dan bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa dan sopan santunnya. Pengguna Twitter yang kebanyakkannya menggunakan identiti palsu mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terutamanya terhadap pemimpin Negara. TwitKini juga mengesan akaun Twitter yang menggunakan robot untuk menghasilkan mesej kesat dan lucah secara automatik antaranya @najib_razak. Lebih dikesali terdapat ahli-ahli parti politik serta pemimpin mereka yang mengamalkan kata-kata kesat dan lucah di dalam Twitter. Gunakan Tweet dengan bijak dan fakta, bukannya auta :)
![]() |
| Akaun Palsu PM Malaysia |
TwitKini berharap agar mereka yang berkenaan dibawa kemuka pengadilan dan TwitKini yakin pihak berkuasa sentiasa memantau mereka yang menggunakan profil orang lain termasuk pemimpin Negara bagi menabur fitnah.

