Friday, April 8, 2011

Tweet Anda, Berita Kami / Your Tweet, Our News

Pengguna Twitter di Malaysia semakin meningkat dari hari kehari dari pelbagai lapisan umur dan golongan masyarakat. Pelbagai informasi dikongsi secara sedar atau tidak sedar oleh pengguna sebenarnya memberikan satu sumber berita yang boleh dikongsi bersama masyarakat umum. TwitKini merupakan satu sumber berita alternatif yang merujuk kepada Tweet pengguna yang berada di Malaysia. Twitkini akan mengulas Tweet pengguna Twitter dari pelbagai kategori. Twitkini juga akan memaparkan analisa dan statistik terkini yang berkaitan dengan pengguna-pengguna Twitter di Malaysia.