Saturday, April 9, 2011

Dr. Sim @SimRealHeart : Contoh pengguna Media Sosial yang Beretika

Pilihanraya Negeri Sarawak yang semakin hampir menyaksikan parti-parti politik giat berkempen. Kempen pilihanraya pada kali ini menyaksikan penggunaan teknologi maklumat secara maksimum dengan menggunakan laman web terutamanya media sosial. Kemudahan ini telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memburuk-burukkan individu lain selain menyebarkan sentimen-sentimen yang berbaur hasutan dan perkauman. TwitKini mengenalpasti banyak kemunculan akaun-akaun Twitter palsu yang mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah kepada pengamal media sosial pro-kerajaan.

Laman Web Dr. Sim
Namun begitu, apa yang benar-benar menarik perhatian TwitKini adalah inisiatif salah seorang calon Barisan Nasional bagi PRN Sarawak, Dr. Sim Kui Hian yang membangunkan laman web peribadi (http://www.realheart.com.my) dan akaun Twitter (http://twitter.com/simrealheart) bagi mendekatkan diri dengan pengundi. Calon bagi kawasan Pending ini turut memuatkan Pelan Transformasi Pending dan juga Kad Laporan prestasi bagi rujukan pengundi.

Kad Laporan Dr. Sim

Cara Dr. Sim menggunakan laman Sosial dan laman web patut dipuji kerana beliau memfokuskan kepada apa yang telah dan akan dibuat berbanding laman-laman sosial calon yang lain yang hanya memburuk-burukan peribadi individu dan pihak lain selain menabur fitnah dan janji kosong.