Friday, April 8, 2011

Dato’ Sri Najib Razak, ahli politik paling popular di Twitter


Dato’ Sri Najib Razak merupakan ahli politik yang paling popular di Twitter berdasarkan analisis yang dijalankan menerusi laman twitaholic (http://twitaholic.com) bagi Malaysia. Berdasarkan kepada analisis tersebut, Perdana Menteri Malaysia itu berada di kedudukan kedua selepas Aaron Lee, seorang pengamal media sosial yang masih menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS).



Pencapaian DS Najib merupakan sesuatu yang mengkagumkan bagi seseorang yang sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan dan masih mampu membahagikan masa untuk menguruskan akaun Twitter secara peribadi. Sejak mula menggunakan Twitter pada 21 September 2009, beliau telah mempunyai seramai 105,183 pengikut sehingga semalam (8 April 2011) dan jumlah ini dijangka akan terus bertambah dari masa ke semasa. Antara ahli politik yang turut tersenarai di dalam 10 pengguna Twitter paling popular di Malaysia adalah Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim yang berada di tempat ke enam dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang berada di tempat ke Sembilan.

Twitaholic merupakan satu laman web yang mengesan pengguna paling popular di Twitter dengan menggunakan robot. Syarikat ini juga turut menyediakan statistik dan analisis terhadap data Twitter kepada syarikat-syarikat gergasi dunia seperti eBay, Microsoft, Paypal dan Facebook.